Kosmo! (Online) – October 2016

For full article: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_03.htm

Nostalgia lagu tadika Lee Jiun

KERIANGAN ketika duduk bersila sambil menyanyi beramai-ramai di sebuah tadika kecil di Balik Pulau, Pulau Pinang masih segar dalam lipatan nostalgia Lok Lee Jiun.

Masih terbayang betapa cerianya dia dan rakan sebayanya menari sambil menyanyi lagu Gelang Sipaku Gelang tanpa mengenali gajet atau permainan canggih yang dimainkan kanak-kanak masa kini.

Membesar dengan seni kata lagu-lagu itu, Lee Jiun berkata, jika dihayati ia mempunyai nilai pengajaran dan mencerminkan pekerti terpuji budaya tempatan.

Kecintaan wanita berusia 38 tahun itu terhadap tanah air begitu menebal biarpun berbelas tahun menetap di beberapa negara seperti Singapura, Hong Kong dan terkini, Taiwan.

Kenangan sentimental itu kian menusuk jiwa Lee Jiun apabila menimang cahaya mata sulung, Hugo Peyron Huang tiga tahun lalu.

Malah, dia bertekad meninggalkan kerjaya sebagai peguam untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memberi tumpuan kepada keluarga kecilnya.

“Ketika itu, saya mula mencari bahan-bahan muzik untuk diajarkan kepada anak saya. Saya dapat mengumpul buku nyanyian dalam bahasa Jepun, Korea dan Inggeris.

“Namun, lagu rakyat yang dipelajari ketika zaman kanak-kanak dahulu tetap sebati dalam jiwa dan saya tidak menemui buku sedemikian di pasaran,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak itu, terdetik ilham untuk menerbitkan buku lagu kanak-kanak yang diberi judul Rasa Sayang.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_03.htm#ixzz4Px8B0HP0
Hakcipta terpelihara

 

Tags:
No Comments

Post A Comment